bunyi cengkerik dan katak membelah kesunyian pg ini.. berlawan2 antara mereka.. mungkinkah sang katak mahukn hujan sdgkn sang cengkerik sebaliknya? mengapa hati mereka x sehaluan? mungkin sang katak bahagia dgn kehadiran hujan.. kerana sejak akhir2 ni cuaca panas hingga sang katak x boleh tido.. namun bg sang cengkerik, dek kerana hujan maka akan sukar bgnya utk mencari makanan.. kedua2nya x salah dlm hal ni.. kedua2nya ada kepentingan masing2.. walau apa pun yg berlaku hari ini, sama ada hujan atau tidak.. itu semua kehendak Allah.. salah seorg akan bahagia dan salah seorg akan kecewa.. mungkin pg ini akan hujan & sang katak akan b'bahagia.. dan di sebelah petang, sang cengkerik pula akan berbahagia apabila hujan berhenti & membolehkannya mencari makanan.. sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap makhlukNya.. semoga hati kedua2nya akan tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan masing2.. semoga hati mereka juga akan kuat dalam mengharungi hidup yang penuh warna-warni.. amin..
No comments:
Post a Comment