Saturday, October 16, 2010

no time no see..

huk3..
salam 1 malaysia..
lama sudah x meng'update' blog ni..
bersawang2 sudah..
huhu..
lately malas mau tekan keyboard ni.. ;p
ok..
utk kali ni fyda bg kwn2 yg xde lg fb fyda utk view my convo pic bsama perut yg muncit..
kt fb dh upload lama dh..
sila abaikan perut ku itu ok?
masa dlm dewan, baby dok gerak2 je cos excited utk ambil skroll dgn mama dia..
bestnya pregnant time konvo ialah.........
dapat skip barisan..
wee.. pegawai akademik tu bg fyda barisan depan2..
sbb dia takut x larat beratur lama2..
sila jgn jeles ok? hik3..
tp part x best ialah......
x dpt lompat2 dgn kwn2 yg lain masa ambil pic kt luar dewan..
juga hanya dpt posing sikit je sbb ketidak laratan stlh duduk di dewan sekian lama bsama kaki yg sakit sbb pakai kasut t'tutup..
waa.. so sad..
but, ia tlh mbuatkan fyda rasa bkobar2 utk konvo sekali lg dgn memakai jubah 2 jalur pd masa akan dtg..
excitednya utk smbg study in master..
w/pun blom tau lg ntah bila.. :D


Saturday, July 31, 2010

Tip untuk menanam kasih sayang suami..

Untuk peringatan kita2 yg dh bgelar seorg isteri..

Ikhlas
Ikhlas dan berbakti kepada lelaki bernama suami dan dengan harapan mendapat pahala dari Allah. Kerjaya yang dimiliki, kedudukan dalam masyarakat dan kesibukan melakukan aktiviti diluar rumah tidak membuatkan dirinya lalai bahawa dia memiliki peluang untuk ke syurga dengan berbakti kepada suami. “Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga”. Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suami dan dia akan selalu dicintai oleh suaminya.

Berhias
Berhiaslah untuk suami dan bukan untuk orang lain. Sederhana dalam penampilan adalah lebih menarik dan memancarkan kecantikan sebenar seorang wanita. Setiap kali keluar bersamanya, sesuaikan penampilan anda mengikut apa yang disukai suami.

Sabar
Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Perselisihan atau perbezaan pendapat antara suami isteri kadang kala menjadi punca pertengkaran. Jika anda menghadapi situasi ini ingatlah anda sedang berhadapan dengan seorang yang Allah berikan kepadanya hak yang besar keatas diri anda. “Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya”. Kerana itu apa pun yang bergelora di hati anda, berusaha untuk terus sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

Tolak Ansur
Berusaha untuk menjadi isteri yang bertolak ansur dalam nafkah. Tidak banyak menuntut malah menerima dengan rasa syukur atas setiap pemberian suami mengikut kemampuannya dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Jika anda sanggup bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk anda.

Berdamping
Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Kadang kala manusia mengalami saat-saat menggembirakan di mana kehidupan berjalan seperti yang diimpikan. Namun jika mengalami perkara sebaliknya, berusahalah mendampingi suami dan berbincanglah masalah-masalah yang dihadapi.

Agresif
Berusahalah untuk menjadi pasangan yang menyenangkan di kamar tidur. Ramai wanita masih merasa malu untuk bersikap agresif kepada suaminya. Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami ditempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Namun dengan tetap menjaga akhlak dan adab Islam. Ini dilakukan dengan tetap menjaga peranannya yang utama yaitu mendidik anak, menjaga keluarga yang dibangun atas mawaddah dan rahmah, juga tetap menciptakan suasana tenang dan damai dalam rumah tangga.

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan nya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan sampai waktu. (Q.S. An-Nahl: 80)

Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada.

Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Q.S. An Nisa: 34)

kredit: http://myadha.blogspot.com/2010/07/petua-menyemai-kasih-sayang-suami.html

Sunday, July 18, 2010

hati sdg b'bunga2..

wee..
lihat kn kelainan di blog ni..
yup! bru change layout dia..
mengikut perasaan skrg yg sdg b'bunga2..
utk menjadi seorg mama..
aww..
sgt x sangka..
x lama lg akan ada baby sendiri..
en. comot pun x sabar nk jd papa..
hari2 ckp dgn baby..
mcm2 pesan kt baby..
now baby dh 23 minggu..
makin besar & makin nakal..
w/pun world cup dh hbs, dia still practise hri2..
sbb ikut pesan papa dia la ni..
sruh jd pemain bola..
(-_-)

Saturday, July 10, 2010

perut yg semakin muncit at 22 weeks..

alhamdulillah..
baby dh 22 weeks..
weee..
sgt seronok..
more than half way dh fyda lalui..
perut pun dh muncit skrg..
baby gerak2 je..
lg2 bila mama dia nk tdo..
dia akn diam bila papa dia usap dia..
ckp2 dgn dia..
kiss2 dia..
bru dia diam..
kalau x, x dpt tdo la jwbnya mama dia..
anyway, ada pic tbaru utk tatapan smua..
wink3..




Tuesday, June 22, 2010

perkembangan terbaru!!

yuhuu..
tbaru slps sekian lama fyda menyepikan diri dr m'blogkan diri akibat terlalu sibuk dan jadual yg padat dgn kerja dan aktiviti seharian sbg seorg isteri yg bekerjaya.. hek3.. cm la fyda sorg je isteri yg bkerja.. tp siyesly, letih blk keje x larat dh nk taip2 utk blog ksygn ni.. cuma rajin sign in utk check kot2 ade komen and plg rajin utk tgk pkembangan baby kt ticker tepi ni & bwh tu.. ;)

anyway, kpd yg merindui fyda dan ingin tahu pkembangan fyda, kita komen2 di facebook ok? satu pic utk tatapan anda.. fyda yg dh bkembang.. dipersilakan..
.
.
.
.

.
.
.

.

.
.

.
.

.


hello world.. baby is here.. ;)

Wednesday, April 28, 2010

puh3..

halu.. lama x update blog ni..
bhabuk sakan.. puh3..

tahap kesihatan yg agak x stabil mnghilangkn mud utk menaip..
tp fyda rajin je mbaca ke blog cik norolhoda utk merelease tension dgn gelak guling2 dgn lawak beliau..
almaklum la, cik norolhoda kn penulis yg baek.. wink3.. ;)
ok2.. for ur information, now our miracle dh 11 week..
means dh hmpir smpai ke 2nd trimester..
so, xde la mabuk2 lg pasni..
yay! hope sgt..
sbbnya next week dh kena masuk keje after about a month unpaid leave..
waa.. dh kena bgn pg2..
anyway, td fyda jenguk2 blog org lain, jumpa lak entri ni..
suke sgt bila baca..
dan2 nk tepek kt sini..
jemput baca.. :)


4 minggu.

Hai ibu… Saya tinggal dalam rahim ibu. Nama rasmi saya sekarang ialah EMBRIO :-) (Dulu saya zigot) Percaya tak? Panjang saya ketika ini hanyalah 1.5mm! Hanya sebesar sebiji sawi. Tapi awas! Sehingga minggu kesepuluh, saya akan berkembang dengan pesat sekali. Tunggu…

5 minggu.
Saya kini sepanjang 2.9mm, sangat kecil. Saya mula dikurniakan dengan jantung, buah pinggang, paru-paru dan perut. Adanya saya dalam rahim ibu, buatkan hormone hgc dikesan. Dua garisan muncul di kit pemeriksaan mengandung kepunyaan ibu. Ayah pasti gembira dengan berita ini :-)

6 minggu.
Ibu… Saiz saya kini 4-6mm. Seperti saiz sebutir lada hitam. ( Oh! lada hitam ini akan jadi teman setia nasi ibu dalam pantang ya… :-) Mata, telinga, hidung, pipi dan dagu saya mula membentuk! Cepatkan? Jantung saya juga sudah mula berdegup. Dua kali ganda kencangnya berbanding jantung ibu.

7 minggu.
Wah! 2 kali ganda saiz minggu lepas, kini saya 7-9mm panjang. Seperti saiz biji kopi. 100 sel otak baru setiap minit! Sungguh pantas. (Jangan lupa asid tolik ya ibu…) Tangan dan kaki saya juga sudah tidak melekat lagi ke badan, kerana saya kini sudah ada sendi – tak sabar saya mahu berlari bersama ibu di taman :-)

8 minggu.
Saya membesar 1 mm setiap hari! Minggu ini saya sudah 8-11mm, dan berat saya pula lebih kurang 1.9g. ( Oh berat ibu itu bukan hanya datang daripada saya. Air ketuban dan uri juga menambah berat ibu :-) Saya juga kerap menggerak-gerakkan kaki dan tangan saya (sekarang ibu belum dapat merasainya lagi. Ibu sabar ya…).

9 minggu.
Yey! Saya sekarang sudah bertukar status. Saya kini adalah JANIN. Saya sudah mula kelihatan comel :-) Saya juga semakin panjang. 13-17 mm! Saiz sebiji anggur. Ibu boleh membayangkan saiz dan berat saya seperti cincin perkahwinan pemberian ayah. Jika ibu membuat pemeriksaan bulanan, ibu mungkin dapat mendengar degupan jantung saya.

10 minggu.
Ibu letih ya? Sabar ya… hanya 2 minggu sebelum ibu masuk fasa bulan madu. Minggu ini saya semakin membesar dalam rahim ibu. Panjang saya lebih kurang 3 cm. Jika ibu di pejabat, ambil 4 klip kertas, itulah berat saya :-) Oh saya juga sudah ada jari kaki dan juga kuku. Dan yang paling menyeronokkan sekali, ekor saya sudah hilang!! :-D

11 minggu.
Ibu suka makanan Jepun? Californian roll tak mengapa, tapi elakkan sushi (ikan mentah) ya ibu. Ops, sebenarnya saya nak beritahu ibu satu rahsia. Panjang saya kini 4 cm, dan berat pula 7 gram! (seperti californian roll)

Minggu ini, selain daripada mendapat sepasang anak mata, saya juga ada hobi baru – menendang dan menggeliat. Saya juga sudah mula tersedu. Tapi ibu belum perasan perubahan ini.

12 minggu.
Panjang saya kini lebih 7 cm, dan berat pula 14 gram! Ya, saya kini sebesar limau nipis. (Oh ya, ibu tidak perlukan banyak limau nipis untuk melegakan mabuk hamil lagi, kerana minggu ini ia akan beransur hilang.) Nisbah panjang kepala saya dengan bahagian lain badan adalah sama. Agak pelik sedikit. Tapi, struktur otak saya sudah sempurna, walaupun ia belum lagi mencapai saiz seperti masa lahir nanti.

kdt: http://susudalambotol.blogspot.com

Wednesday, March 24, 2010

TAG..

lama x jwb tag.. meh kita jawab tag ni.. wee..

1) Siapa kah anda di rumah ?
isteri kpd suami saya, Mohd Shahruznizam..

2)Siapakah anda di samping rakan?
seorg yg ley bkongsi suka & duka.. lg2 gossip.. i like.. ;p

3) 5 benda yg anda idamkan tetapi masih belom tercapai?
~ mau keje..
~ mau BLM S.E kaler putih..
~mau baby yg comey & sihat..
~mau pi sipadan island..
~ mau deco umah dgn kaler biru + putih..


4) siapakah nama pasangan anda?
Mohd Shahruznizam b. Tumingan..

5) cerita kan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda ?
~comey + cute + gagah + ensem.. ;)
~suka buat lawak.. ley masuk raja lawak kot laki aku ni.. hik3..
~suka pujuk aku yg kuat merajuk ni..
~ckp je nk apa, pasti akan ditunaikan.. cm jin aladdin.. ;p
~suke mkn ape yg aku masak.. xde mbazir kalau x hbs tu..

6) Bila tarikh anda couple ?
08.09.08

7) Apakah kenangan pahit anda bersama si dia?
when someone yg x sedar diri mganggu hubungan kami.. dush3.. sgt geram smpai skrg..

8) Lagu tema cinta anda ?
xde lagu tema pun.. tp suke karaoke lagu 'doa buat kekasih'..

9) Apa perubahan yg anda ingin lihat dari pasangan anda ?
stop smoking..

10) Tag 10 rakan anda yg lain ?
cik norolhoda
dinieezyanee
followers & silent readers, plz do this tag k? ;)