Apa Itu Senggugut?Senggugut atau istilah perubatannya ialah 
dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan 
haid.  Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan  dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami  senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak  sederhana atau sedikit.
Apa Yang Menyebabkan Senggugut?Anda  mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas  bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka  mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun.  Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan  kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi 
disemenorea primer atau 
sekunder bergantung kepada penyebabnya :
Dismenorea PrimerKebanyakan  gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau  sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau  lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih  berkemungkinan untuk mengalami 
dismenorea primer.
Dismenorea  jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan  abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa  yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca 
dismenorea primer termasuklah :

*  Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan  perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah  bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.
Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah 
prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung 
saraf kesakitan dalam tubuh.
Wanita  yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di  dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka  bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat  pergerakan otot uterus semakin kurang 
darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
*  Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting  di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu  mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea SekunderDismenorea  sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih  selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis  ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini  memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.

Dismenorea sekunder disebabkan oleh :
# Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
# Jangkitan
# Radang rongga pelvis
# Endometriosis
# Penyakit usus seperti apendisitis
# Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Wanita  yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami senggugut yang  amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka haid. Endometriosis  terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh  dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?Sesetengah  wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah  kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor  utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang  berlainan.
Faktor lain seperti 
diet  dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak,  rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami  senggugut.
Pengambilan 
gula yang banyak dan 
alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang 
merokok  lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok.  Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan  sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan  seterusnya mengakibatkan senggugut.
Terdapat banyak faktor yang  boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti  gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya  senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan  kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Saya Telah Mengalami Senggugut Sejak Saya Berumur 13 Tahun. Perlukah Saya Berjumpa Doktor?Sekiranya  anda mengalami senggugut sejak pertama kali haid, besar kemungkinan  ianya adalah dismenorea primer. Jadi anda tidak perlu berjumpa doktor.  Dismenorea primer boleh mengakibatkan :
* Kekejangan. Bahagian bawah 
perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* 
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
* Muntah atau mual/loya
* Sakit 
kaki dan bahagian 
belakang badan
* Pergerakan usus yang tidak sekata
* Pita
m
Bila Saya Perlu Berjumpa Doktor?Sakit  tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang  dirasai kerana senggugut boleh membantu anda memahami apa penyebabnya.  Anda akan mengetahui yang kamu mengalami dismenorea primer apabila :
* Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu haid atau 6 hingga 12 bulan selepas itu
* Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan haid
* Dua hari pertama haid adalah paling sakit
* Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan haid
* Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki
Jika  kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan  selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam  abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah  berjumpa doktor. Sekiranya anda aktif dalam aktiviti 
seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda juga harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Adakah Saya Akan Mengalami Senggugut Selama-lamanya?Adalah  lebih elok sekiranya anda mengetahui yang anda mengalami dismenorea  primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang  ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita  ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan haid setiap bulan.
Sesetengah  perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka  semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila anda semakin tua dan tubuh  berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan  progestrone, anda tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini,  dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya anda tidak akan menderita  selama-lamanya!
Apabila dikesan yang senggugut anda disebabkan  jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi  ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab  disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.
Bolehkah Senggugut Dicegah?Bagi  dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang  dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau  kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :
#  Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik.  Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan  seratnya. Makan banyak 
sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli
# Kurangkan garam
# Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus 
buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid
# Ambil 
vitamin  tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan  kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin.  Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain  dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
# Bagaimana dengan 
lemak  yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi  lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan  senggugut
# Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian  dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga  membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk  bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan  dismenorea
# Berhenti merokok
# Tenangkan fikiran. Belajar  untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa  bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi.  Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Saya Menjaga pemakanan dan bersenam tetapi sakit masih tidak hilang. Apa yang perlu saya buat?Senggugut  boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin anda hanya  mahu baring sahaja di katil. Anda mungkin tidak mahu melakukan apa-apa  ketika mengalami senggugut tetapi seeloknya anda tidak harus membiarkan  kesakitan terus menular. Anda boleh melakukan perkara-perkara di bawah  untuk menolong mengurangkan kesakitan :
* 
Lakukan sesuatu!  Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit  untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh  didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Ingat antara  tanda-tanda senggugut. Pastikan anda makan sesuatu sebelum mengambil pil  penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang senggugut.
* 
Tuam perut.  Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan  tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
* 
Tarik nafas dalam-dalam.  Baring dan tenangkan diri. Jika pening, padam lampu di dalam bilik dan  jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil  penahan sakit.
Perlukah saya ponteng sekolah atau kerja ketika saya mengalami senggugut?Senggugut  memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan  perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh.  Ia amat difahami.
Apabila anda rasa tidak sihat, pastikan anda  memaklumkan guru atau sesiapa di pejabat tentang keadaan anda. Pastikan  kamu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang tertangguh.
kdt: http://www.sihatselalu.com.my/